Tuesday, May 10, 2011

sila ambil perhatian sume!

smlm sy de berbual ngn seorang kwn aka housemate sy...dea menceritakan kisah yg berlaku dkt kwn kpd kembar dea..ini kisah benar ye..sila ambil perhatian..meremang bulu roma sy bce..n sy sgt takot!...anda sume diminta berhati2 juge...skg ni kwn kpd kembar housemate sy di ICU lg..n doktor sahkan dea buta kekal..kjadian berlaku semase mangsa n kwn dea bjalan di kaki lima di Mid Valley jmaat lalu...

ikuti kisah yg prnh berlaku juga baru2 ini..sbnrnyer da rmai mangse da..n polis stil mencari siapakah orgnyer..
>>>>>>>

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis ‘thinner’ dan ‘alkali’ kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal. Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.
Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan. Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.
Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa. Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.
Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam. Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.
Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India. ”Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.
“Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.
“Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields. ”Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal kerana kejadian berlaku begitu pantas,” jelasnya.
Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini.

kpd sume wanita, adik2, kwn, makcik2 sume jgnla lalu dikawasan sunyi ..tp kawasan tumpuan org pn mereka da brani buat..so, sila berhati2.....
andai kate polis dpt tgkp penjenayah yg mmg bangsat neh, sila simbah seluruh badan dea ngn asid plg kuat di dunia!mereka ptt terima balasan setimpal...
mereka telah menggelapkan ms dpn org ramai...sy sgt sdey dgr cte housemate sy..mangsa sgt mude dan stil blaja di MMU...dgn kjadian mcm ni, gelaplah ms dpn dea...
harap sgt penjenayah tersebut dpt dtgkp dgn segera..amin!
kite bakar penjenayah tu idop2!!!!!!!kite bako!!kite bako!!!!

2 comments:

  1. seram la. even ika dok kat jauh kat selatan nie pun rasa takut dah. huhuhu

    ReplyDelete
  2. huu..tula..skg ni mcm2 jenayah..seram!

    ReplyDelete

thanks for ur lovely comments